Friday, December 28, 2012

Mood Swing ketika pms



ya,kita sedang bercakap tentang perempuan yang selalu marah-marah tanpa sebab ketika PMS.
PMS ialah pra-menstrual syndrome yang kebiasaannya berlaku 2 minggu sebelum period.
So,kalau girlfriend korang asyik marah-marah tak tentu pasal,jangan pelik tau.Tu dia tengah pms tu.hi..hi..
Sebenarnya mudah je nak control pms ni.
Kita kena exercise.
Kalau malas sangat pun pergilah berjalan-jalan sekitar kawasan perumahan.
Sebab,bila bila exercise,badan kita akan membebaskan endorphine.
Hormon ni boleh meredakan simptom-simptom pms.

Thursday, December 27, 2012

Kenapa Bila PMS kita nak makan coklat

Pernah rasa macam tu tak?
Lagi 2 minggu nak period mood nak makan coklat makin menjadi-jadi.



Tak kisah la coklat cadbury ke,muffin coklat ke,brownies ke,kek coklat ke..
Penyelidik berpendapat keinginan yang membuak-buak terhadap coklat kerana badan kita memerlukan magnesium.
Bila kita kekurangan magnesium,kita akan jadi cepat nak marah,tertekan,cepat penat dan mudah diserang cramp.
Antara makanan yang kaya dengan magnesium adalah kekacang seperti badam,gajus,kurma,soya,tauhu dan oat.Untuk senarai yang lebih banyak,boleh klik sini

Friday, December 21, 2012

Kenapa Kek Tidak Menjadi



Kek Merekah Di Atas

Oven terlalu panas
Kek tidak diletak di tengah-tengah oven
Acuan Kek terlalu kecil (explode)
Kurang cecair

Kek Leper / Bantat

Adunan kek tidak sekata (masih berketul)
Bahan penaik tidak mencukupi
Terlupa memasukkan bahan penaik
Terlalu banyak cecair

Kek Mendap Di Tengah

Oven telalu panas / Terlalu sejuk
Pintu oven dibuka terlalu awal (kes tak sabar)
Sukatan tidak betul

Wednesday, December 19, 2012

Krim Tartar

Krim tartar adalah serbuk putih yang berfungsi untuk menstabilkan putih telur terutama ketika membuat meringue.Ia biasa digunakan ketika penyediaan icing atau frosting untuk mengelakkan pembentukan kristal gula.Krim tartar juga berupaya menjadikan frosting dan icing lebih berkrim.
Krim tartar juga agak kontoversi (isu halal) kerana dikatakan terbentuk ketika proses pemeraman anggur untuk dijadikan wain.

Menggantikan krim tartar dalam resepi


Jika di dalam resepi tersebut tiada menggunakan baking soda krim tartar boleh diganti dengan baking powder.
Gunakan jus lemon atau cuka.Setiap 1/2 sudu kecil krim tartar digantikan dengan 1 1/2 sudu kecil jus lemon atau cuka.

Terdapat juga krim tartar yang halal seperti yang dihasilkan oleh brand nona ini.