Tuesday, January 28, 2014

Mari Menjadi Saiko


Ini nama dia sabun dettol.
kahkahkah..semorang tau...
tampa kangg..
Selain dari menggunakannya untuk mandi manda,Aku juga gunakan ia untuk membunuh lipas dengan pantas tak sampai seminit.
haha,kelas Kak Ton.
Mana sempat weh nak capai spray lipas kalau tengah tengah syok mandi tetiba lipas datang menggedik kat ko.
Ko tau lah kan lipas ni camana.kalau ko halau dia,bukannya dia nak lari.makin dia datang kat ko lagi ada.merayap kat kaki.eeeiii..
Cara paling senang aku bancuh je dengan sikit air dan simbah kat lipas.kommmpomm memang pantas membunuh


Saturday, March 9, 2013

Hujan


It's raining outside.
Masa kecik-kecik dulu aku tak suka kalau hujan petang.
sebab nanti bila senja dan hujan dah reda akan ada bunyi katak.
Aku panggil katak tu "katak kuang"
Tak tau la apa nama sebenar katak tu.sukati je aku bagi nama.kehkeh..
Bunyi katak tu kuat giler.memang agak annoying jugak la.
Aku selalu membayangkan katak tu mungkin sebesar bantal.
Sebab tu bunyi dia kuat giler.
Tak dapat aku bayangkan kalau katak tu keluar tetiba duduk kat atas aku.
eeiiii..

Motif aku nak meriba katak tu??hahaha..


Turn out to be katak tu rupanya bukan lah besar sangat.happa daa..imaginasi terlebih~

Wednesday, March 6, 2013

Cara kira kalori makanan



Nak tahu berapa kalori yang kita perlukan dalam sehari ?
ok,klik sini.
Tak payah nak pening-pening memikir.
Masuk je berat dan ketinggian.Biar je dia kira sendiri
Bukan apa,senang sikit kan nak baject berapa banyak makanan yang kita nak limitkan dalam sehari.
Kat bawah ni pulak ada contoh makanan dan kalori nya sekali.
Tak pasti lah pulak info ni berasal dari mana sebab dah bersepah kat blog orang lain.
Jadi aku adalah menumpang sekaki mengopy paste kan ia disini.wakaka~
 ni pulak link cekodok.com.sini lagi banyak boleh tengok jenis-jenis makanan dan kalori nya sekali.Just taip je jenis makanan yang korang nak search kalori dia.

Kesilapan wanita semasa diet


Thursday, January 3, 2013

Semakan Wang Pendahuluan PTPTN


PTPTN akan bagi wang pendahuluan pada pelajar yang bersetuju sahaja semasa mengisi borang online bermula Julai 2010.
Syarat mendapat  wang pendahuluan:

Pendapatan keluarga tidak melebihi RM4000

Pelajar mendapat tawaran dari IPTA atau Politeknik
Pelajar tidak pernah menunaikan wang pendahuluan sebelum ini
Pelajar belum pernah menerima pembiayaan PTPTN sebelum ini

Jom Semak Penerimaan Wang Pendahuluan PTPTN.

Friday, December 28, 2012

Mood Swing ketika pms



ya,kita sedang bercakap tentang perempuan yang selalu marah-marah tanpa sebab ketika PMS.
PMS ialah pra-menstrual syndrome yang kebiasaannya berlaku 2 minggu sebelum period.
So,kalau girlfriend korang asyik marah-marah tak tentu pasal,jangan pelik tau.Tu dia tengah pms tu.hi..hi..
Sebenarnya mudah je nak control pms ni.
Kita kena exercise.
Kalau malas sangat pun pergilah berjalan-jalan sekitar kawasan perumahan.
Sebab,bila bila exercise,badan kita akan membebaskan endorphine.
Hormon ni boleh meredakan simptom-simptom pms.

Thursday, December 27, 2012

Kenapa Bila PMS kita nak makan coklat

Pernah rasa macam tu tak?
Lagi 2 minggu nak period mood nak makan coklat makin menjadi-jadi.



Tak kisah la coklat cadbury ke,muffin coklat ke,brownies ke,kek coklat ke..
Penyelidik berpendapat keinginan yang membuak-buak terhadap coklat kerana badan kita memerlukan magnesium.
Bila kita kekurangan magnesium,kita akan jadi cepat nak marah,tertekan,cepat penat dan mudah diserang cramp.
Antara makanan yang kaya dengan magnesium adalah kekacang seperti badam,gajus,kurma,soya,tauhu dan oat.Untuk senarai yang lebih banyak,boleh klik sini

Friday, December 21, 2012

Kenapa Kek Tidak Menjadi



Kek Merekah Di Atas

Oven terlalu panas
Kek tidak diletak di tengah-tengah oven
Acuan Kek terlalu kecil (explode)
Kurang cecair

Kek Leper / Bantat

Adunan kek tidak sekata (masih berketul)
Bahan penaik tidak mencukupi
Terlupa memasukkan bahan penaik
Terlalu banyak cecair

Kek Mendap Di Tengah

Oven telalu panas / Terlalu sejuk
Pintu oven dibuka terlalu awal (kes tak sabar)
Sukatan tidak betul

Wednesday, December 19, 2012

Krim Tartar

Krim tartar adalah serbuk putih yang berfungsi untuk menstabilkan putih telur terutama ketika membuat meringue.Ia biasa digunakan ketika penyediaan icing atau frosting untuk mengelakkan pembentukan kristal gula.Krim tartar juga berupaya menjadikan frosting dan icing lebih berkrim.
Krim tartar juga agak kontoversi (isu halal) kerana dikatakan terbentuk ketika proses pemeraman anggur untuk dijadikan wain.

Menggantikan krim tartar dalam resepi


Jika di dalam resepi tersebut tiada menggunakan baking soda krim tartar boleh diganti dengan baking powder.
Gunakan jus lemon atau cuka.Setiap 1/2 sudu kecil krim tartar digantikan dengan 1 1/2 sudu kecil jus lemon atau cuka.

Terdapat juga krim tartar yang halal seperti yang dihasilkan oleh brand nona ini.