Monday, March 31, 2014

Cara-Cara membersihkan Oven


Bahan-bahan yang diperlukan:

3 cawan air
1/2 cawan cuka makan
1/2 cawan baking soda

langkah:

-cairkan dulu cuka dengan air (jangan campur terus dengan baking soda.nanti ada letusan gunung berapi.kang berlobang muka korang hakak tak tau...)
-tambahkan baking soda.bancuh pekat 
-pastu sila lah sental oven korang dengan gigihnya ye..  :)
-biarkan selama beberapa minit
-bersihkan dengan kain lembab diikuti kain kering

hebahkan kepada jiran-jiran bila oven korang dah memancor-mancor bercahaya *pengsan~*



Sunday, March 30, 2014

Cara Atasi Perut Buncit


Husband dah komplen perut ku buncit.
Eh,perut dia buncit takpa plak???
mmm..
Takpelah.
Nanti yang cantik Kak Ton jugak khenn?(ayat nak sedapkan hati)
Maka,dengan segala keinsafan,marilah kita bersenam.hukhuk...


Friday, March 21, 2014

Dalam mimpi ke,luar mimpi ke..sama je..


Malam tadi mengigau hantu.
mak tak suka uoolss....
masa hantu tu dah datang dekat sangat ,
aku jerit panggil laki aku.harammm nak dengar.
padahal dia duduk sebelah aku je pun.
aku siap gegar-gegar badan dia.eehhh..buat deekkk je...
last-last terkeluar jugak suara aku "abanGGGG!!!"
terus aku terjaga.
anak aku yang dalam buai pun melalak terkejut dengar aku bertempik malam-malam buta.
yang herannya laki aku kat sebelah boleh selamba je membuta.haisshhh...