Thursday, May 22, 2014

Resepi untuk pesakit kanser

Hi...
Saya baru terjumpa site ni dan ianya sangat bagus.
Resepi dia ikut kategori cam semasa dalam kemo,semasa radiation,bland diet,makanan yang senang nak telan.
ha...ko jangan gelak plak apsal ada resepi untuk senang nak telan.Orang yang kena kemo ngan radiasi ni ada sesetengahnya mulut penuh ngan ulser.
kita yang kena sebijik dua pun dah mengaduh sakit,ni pulak yang penuh satu mulut.
kau mampu??
Page Dr Hasanah  juga sangat inspiring.Ada resepi untuk cancer survivor dan banyaaaakkk info.
Untuk pengetahuan korang,pesakit kanser ni banyak pantang larang nya terutama gula (yes sugar feeds cancer)
Bila ada site yang macam ni, takde la pesakit kanser boring kan asyik makan menu yang sama je.boleh la tukar-tukar.kasi adjust sket kena ngan tekak asean..







Ada banyak lagi.Ni contoh je.Selamat mencuba~


Sunday, April 6, 2014

Rindu


Masuk opis je terbau aroma teh.
Sape pulak lah yang bancuh air pepagi ni.
Tetiba teringatkan mak.
Dulu pagi-pagi mak selalu bekalkan air teh o bawak bekal pergi sekolah.
Letak kat dalam botol air berbentuk telefon.
kau ado??
Bila time boring je mula la berangan ada call masuk.
cakap sorang sorang kat telefon.
padahallll botol air.kahkahkah...

Monday, March 31, 2014

Cara-Cara membersihkan Oven


Bahan-bahan yang diperlukan:

3 cawan air
1/2 cawan cuka makan
1/2 cawan baking soda

langkah:

-cairkan dulu cuka dengan air (jangan campur terus dengan baking soda.nanti ada letusan gunung berapi.kang berlobang muka korang hakak tak tau...)
-tambahkan baking soda.bancuh pekat 
-pastu sila lah sental oven korang dengan gigihnya ye..  :)
-biarkan selama beberapa minit
-bersihkan dengan kain lembab diikuti kain kering

hebahkan kepada jiran-jiran bila oven korang dah memancor-mancor bercahaya *pengsan~*



Sunday, March 30, 2014

Cara Atasi Perut Buncit


Husband dah komplen perut ku buncit.
Eh,perut dia buncit takpa plak???
mmm..
Takpelah.
Nanti yang cantik Kak Ton jugak khenn?(ayat nak sedapkan hati)
Maka,dengan segala keinsafan,marilah kita bersenam.hukhuk...


Friday, March 21, 2014

Dalam mimpi ke,luar mimpi ke..sama je..


Malam tadi mengigau hantu.
mak tak suka uoolss....
masa hantu tu dah datang dekat sangat ,
aku jerit panggil laki aku.harammm nak dengar.
padahal dia duduk sebelah aku je pun.
aku siap gegar-gegar badan dia.eehhh..buat deekkk je...
last-last terkeluar jugak suara aku "abanGGGG!!!"
terus aku terjaga.
anak aku yang dalam buai pun melalak terkejut dengar aku bertempik malam-malam buta.
yang herannya laki aku kat sebelah boleh selamba je membuta.haisshhh...

Tuesday, January 28, 2014

Mari Menjadi Saiko


Ini nama dia sabun dettol.
kahkahkah..semorang tau...
tampa kangg..
Selain dari menggunakannya untuk mandi manda,Aku juga gunakan ia untuk membunuh lipas dengan pantas tak sampai seminit.
haha,kelas Kak Ton.
Mana sempat weh nak capai spray lipas kalau tengah tengah syok mandi tetiba lipas datang menggedik kat ko.
Ko tau lah kan lipas ni camana.kalau ko halau dia,bukannya dia nak lari.makin dia datang kat ko lagi ada.merayap kat kaki.eeeiii..
Cara paling senang aku bancuh je dengan sikit air dan simbah kat lipas.kommmpomm memang pantas membunuh


Saturday, March 9, 2013

Hujan


It's raining outside.
Masa kecik-kecik dulu aku tak suka kalau hujan petang.
sebab nanti bila senja dan hujan dah reda akan ada bunyi katak.
Aku panggil katak tu "katak kuang"
Tak tau la apa nama sebenar katak tu.sukati je aku bagi nama.kehkeh..
Bunyi katak tu kuat giler.memang agak annoying jugak la.
Aku selalu membayangkan katak tu mungkin sebesar bantal.
Sebab tu bunyi dia kuat giler.
Tak dapat aku bayangkan kalau katak tu keluar tetiba duduk kat atas aku.
eeiiii..

Motif aku nak meriba katak tu??hahaha..


Turn out to be katak tu rupanya bukan lah besar sangat.happa daa..imaginasi terlebih~

Wednesday, March 6, 2013

Cara kira kalori makanan



Nak tahu berapa kalori yang kita perlukan dalam sehari ?
ok,klik sini.
Tak payah nak pening-pening memikir.
Masuk je berat dan ketinggian.Biar je dia kira sendiri
Bukan apa,senang sikit kan nak baject berapa banyak makanan yang kita nak limitkan dalam sehari.
Kat bawah ni pulak ada contoh makanan dan kalori nya sekali.
Tak pasti lah pulak info ni berasal dari mana sebab dah bersepah kat blog orang lain.
Jadi aku adalah menumpang sekaki mengopy paste kan ia disini.wakaka~
 ni pulak link cekodok.com.sini lagi banyak boleh tengok jenis-jenis makanan dan kalori nya sekali.Just taip je jenis makanan yang korang nak search kalori dia.

Kesilapan wanita semasa diet


Thursday, January 3, 2013

Semakan Wang Pendahuluan PTPTN


PTPTN akan bagi wang pendahuluan pada pelajar yang bersetuju sahaja semasa mengisi borang online bermula Julai 2010.
Syarat mendapat  wang pendahuluan:

Pendapatan keluarga tidak melebihi RM4000

Pelajar mendapat tawaran dari IPTA atau Politeknik
Pelajar tidak pernah menunaikan wang pendahuluan sebelum ini
Pelajar belum pernah menerima pembiayaan PTPTN sebelum ini

Jom Semak Penerimaan Wang Pendahuluan PTPTN.

Friday, December 28, 2012

Mood Swing ketika pms



ya,kita sedang bercakap tentang perempuan yang selalu marah-marah tanpa sebab ketika PMS.
PMS ialah pra-menstrual syndrome yang kebiasaannya berlaku 2 minggu sebelum period.
So,kalau girlfriend korang asyik marah-marah tak tentu pasal,jangan pelik tau.Tu dia tengah pms tu.hi..hi..
Sebenarnya mudah je nak control pms ni.
Kita kena exercise.
Kalau malas sangat pun pergilah berjalan-jalan sekitar kawasan perumahan.
Sebab,bila bila exercise,badan kita akan membebaskan endorphine.
Hormon ni boleh meredakan simptom-simptom pms.